My Diary
HELLO GUYS !.welcome and Be nice here. please click this . +Follow | Dashboard
MY DIARY ONLINE

ok . next update just aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU  buat 2 orang kawan seperjuangan aku yang telah pun menamatkan zaman bujang masing-masing .

siti hajar dan suami


farreha noor asyikeen dan suami

semoga menjadi isteri yang solehah dan dikurniakan zuriat yang baik dan comel . sangat terkejot bila terima invitation . time flies . jodh pun dah sampai . nak tunggu apa lagi kan . hehe .. CONGRATE !!

aku bila lagi ?? 

insyaAllah jika sampai jodohku , ada calon nya , tamat lah zaman bujangkan . apa yang aku perlu sekarang ialah untuk teruskan kehidupan dan mencari kehidupan yang lebih sempurna disamping menyiapkan diri , mana lah taw tiba-tiba akan berakhir zaman bujang ku . doakan aku cepat-cepat kahwin k !
posto .. posto .. !

tinggal beberapa jam je lagi kita akan meninggalkan 2012 dan masuk ke tahun yang baru , 2013 . yang lepas itu adalah sejarah dan kenangan .. ya , tidak dinafikan ! 2012 meninggalkan banyaj sangat kenangan yang terlalu pahit dan sukar untuk dilupakan . 

bermula pada Januari 2012 , aku kehilangan orang yang penting dalam hidup , JAMIL BIN SADLI akibat kanser hidung . kehilangan yang betul-betul tidak disangka dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada diri . dia lah orang yang selalu marah aku bila aku buat salah , dan selalu back up aku kalau walid marah aku . dia yang selalu amek aku time kecik-kecik dulu , bawa aku nek moto , nek lori kesayangan dia , belanja makan mee sup . time flies .. dia tak kan mungkin balik semula dan kembalikan semua kenangan kami . semoga dia tenang di sana .

pada akhir Februari 2012 ,aku admit di Hospital Pakar Sultanah Fatimah sebab doktor suspect apendiks . selepas beberapa hari , then , doktor amek keputusan untuk buat operation . selepas beberapa jam operation , aku keluar dan tidak sedarkan diri 24jam . selepas sedar , umi bagitau , berlaku radang pada usus dan rahim menyebabkan apendiks ku berbeze dari orang lain . 42 hari di hospital membuatkan aku betul-betul menghargai kesihatan yang Allah beri . luka yang dijahit terpaksa dibuka , terpaksa dicuci setiap pagi sehinggakan aku takut untuk menerima kehadiran matahari . dan sekarang , aku beransur sihat .

pada awal Julai 2012 , walid disahkan menghidap batu karang dan admit di Hospital Pakar Putra , Batu Pahat . tapi , Alhamdulillah , sekarang beransur baik dan sihat seperti biasa

pada penghujung September 2012 , embah disahkan jaundice oleh doktor pakar dan admit di Hospital Melaka . selepas sebulan du hospital , tanpa sebarang perubahan , embah dihantar ke Hospital Selayang dan    doktor mengambil keputusan untuk memasang stanting bersaiz 1cm x 10cm . di saat wajah tua itu menadu kesakitan dan bertanya di mana puteri nya , dan aku hanya terdiam membisu . hanya mampu menitiskan air mata . dikala doktor bertanya tentang harapan aku dan keluarga pada embah , aku hanya berharap , dia mampu untuk terus bertahan dan terus diberi kesihatan yang baik . tetapi , aku tahu , apa sebenar nya doktor  cuba jelaskan tetapi , doktor tiada hak menentukan jangka hayat embah dan aku percaya , Allah itu sebaik-baik perancang .

secara jujurnya , aku benar-benar terkilan kerana aku terpaksa korbankan kerjaya yang mendatang, aku terlepas peluang temuduga untuk menjaga orang-orang yang terpenting dalam hidup aku tetapi , aku percaya disebalik setiap kesusahan dan kesakitan , Allah pasti akan memberi kita jalan keluar . apa yang aku harapkan , semoga kehadiran 2013 akan memberi lebih banyak rezeki dan semoga Allah gantikan semua rezeki yang di ambil dengan rezeki yang lebih baik . aku yakin rezeki Allah itu sangat luas dan terlalu luas dan tidak sepatutnya aku berputus asa untuk mencari rezeki Allah . 

jutaan terima kasih buat umi , walid dan adik-adik yang sudi menjaga aku ketika aku sakit tanpas boleh bergerak . terima kasih buat semua yang terus beri sokongan tanpa putus , terima kasih kerana terus berdiri di sisi ketika diri ini susah . terima kasih kerana tidak putus-putus memberi nasihat dan dorongan . semoga Allah balas jasa - jasa kalian ! amin ! 

ok . first of all , besa la semenjak tanam anggur ni , aku pun akan ikot la bercuti di seluruh negara . so , lokasi pertama , seperti biasa la , balik kampung , KUALA TERENGGANU !  yeah ! selepas arwah tokki meninggal , ni la cuti paling lama kiteorang habiskan kat kampung . maklum la , besa nya sibok .. so , cam besa , lokasi cuti-cuti ni , pasar payang sebab umi boleh pilih apa jer yang die nak termasuk sutera dan batik . sempat juga cari beberapa set periuk dan keropok kering . dan aku , seperti biasa nya , aku akan layan dak due orang yang macam-macam kerenah tu , abang ija dan ebi !
memang aku tak nafikan yang mereka sangat-sangat comel dan sangat rugi kalau tak dapat tengok mereka membesar . ketawa dan macam-macam agy .. then , berjalan la kami serata tempat dan lokasi . hehe .sebelum balik , sempat la kami beli keropok lekor di Pulau Musang . ok , take a note bagi yang nak datang ke Terengganu , keropok losong bukanlah antara yang sedap , penduduk setempat pun x beli di losong lagi . kualiti ikan kurang memuaskan . jadi , kalau ke Terengganu , tanya lah penduduk setempat di mana keropok lekor yang sedap .

nak gambar-gambar lain ? di sini : memoria




Assalammualaikum , hello ;) terima kasih singgah :D Enjoy reading my blog !
| Facebook |

Entries About Family