My Diary
HELLO GUYS !.welcome and Be nice here. please click this . +Follow | Dashboard
MY DIARY ONLINE

"DARIPADA ALLAH KITE DATANG DAN KEPADANYA JUGA KITA KEMBALI "

sedih .. terkilan ... bersyukur .. semua perasaan bercampur baur .. sedih dan terkilan kerana pemergiannya tanpa sebarang kata walaupun bertanda .. bersyukur kerana penderitaannya telah pun berakhir ...

SETAHUN YANG LALU ---> sekujur tubuh terbaring lesu di bilik ICU HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR, namanya tidak asing dikalangan nurse mahupun doktor.. kami sekeluarga dikejutkan dengan berita makcu disahkan menghidap kanser usus.. terkedu dan seolah2 kami semua terjatuh dari bangunan yang tinggi .. selelpas beberapa kali menjalani pembedahan dan koma selama dua bulan, ternyata Allah masih mahu meneruskan rezeki makcu dan makcu kembali pulih seperti biase walaupun terpakse memakai beg najis kerana saluran najis nya dikeluarkan .....

SELEPAS SETAHUN ---> kami sekeluarga kembali diuji apabila pakngah ku pula disahkan sel kanser nya telah merebak kebahagian otak selepas menjalani pembedahan pade 2008. ternyata ujian Allah itu sangat lah besar kerana sebulan selepas itu, makcu dimasukkan semula kehospital selepas seminggu usus nya dimasukkan semula.. wajah lesu terbaring dikatil hospital, pegangan tangannya menanda kan dia tidak mahu ditinggalkan. doktor memohon maaf kerana kesilapan pihak hospital tidak membuat pemeriksaan ke atas usus makcu sebelum usus tersebut dimasukkan dan akibatnya, usus makcu bocor dan berlaku jangkitan kuman ..selepas due kali pembedahan dan koma selama sebulan .... dia kembali membuka mata dan berbual sepertimana biase .. selepas 2 hari, makcu menghembuskan nafas terakhir disisi suami dan maknya selepas subuh pada pukul 7 pagi. selepas dimandikan dan dikafan kn, arwah dibawa ke masjid batu pahat untuk di sembahyang kan dan dikebumikan di tanah perkuburan tanjung labuh .....tamatkan rezeki dan kehidupan ROZILAH BINTI SADLI pada usia 43 tahun .. arwah meninggalkan 4 orang anak dan suami ..
YA ALLAH, KAMI REDHA PEMERGIANNYA KALAU ITU YANG TERBAIK BUATNYA. KAU BERILAH KAMI KEKUATAN DIATAS UJIAN MU YANG BESAR INI. KAMI PERCAYA KAU MAHU MENGGANTIKAN KAMI SESUATU YANG LEBIH BAIK ..INSYAALAH ...KAU BERILAH KESIHATAN KEPADA PAK NGAH,JAMIL BIN SADLI, SUPAYA DIA BOLEH MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI BIASA..AMIINNN
P/S : SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DISAMPING ORANG2 YANG BERIMAN .. AL-FATIHAH ..

|



Assalammualaikum , hello ;) terima kasih singgah :D Enjoy reading my blog !
| Facebook |

Entries About Family