My Diary
HELLO GUYS !.welcome and Be nice here. please click this . +Follow | Dashboard
MY DIARY ONLINE


first sekali , aku bukanlah nak berpihak kepada mana-mana parti politik atau pun berniat untuk berpolitik ... aku terpanggil nak update blog aku ngan tajuk ny sebab aku rase kecewa yang teramat-amat lah sangat ..

persoalan nya,kenapa aku kecewa ??
inilah jawapan kepada soalan aku ..

PADA PENDAPAT AKU SEORANG ISLAM:

bukankah kita sesama beragama islam dan sanggup kita mengatakan sesama islam itu kafir sedangkan kita ada akal dan ilmu untuk berfikir. benarlah lirik lagu Raihan,iman itu tidak mampu untuk diwarisi seperti mana kita mampu untuk mewarisi sebuah ilmu. Nik Aziz adalah antara ulama yang sangat aku kagumi , dari pertama kali aku berjumpa beliau ketika aku kecil, beliau memegang tangan ku dan mengusap lembut kepala ku. di mana kita mampu untuk berjumpa dengan ulama sebegitu di Malaysia ? Beliau seorang yang beragama islam dan kuat iman nya dipanggil kafir , jadi KITA YANG X BERAPA NAK BERIMAN NY NAK DIPANGGIL APA?

tanpa sebarang reaksi negatif dari Nik Aziz dan menggap itu sebagai reaksi yang positif mungkin beliau berfikir beliau perlu memantapkan iman yang sedia ada... sedang kita yang masih kurang iman nya memanggil beliau sebagai kafir .. adakah adil buat nya ? siapa kita untuk menentukan samada beliau kafir atau tidak sedangkan tikar sembahyang sendiri jarang kita sentuh ? beliau akan membaca khutbah setiap hari jumaat sedangkan kita pergi ke masjid pun x mahu dengar khutbah ?  memang benar, iman x dapat dibaca hanya dengan memakai kupiah tetapi dengan ilmu agama nya ...

cuba kita imbas kembali, bagaimana Rasulullah dahulu, tidak pernah melatah apabila di letak kan najis pada Baginda , dijerut leher Baginda dengan serban , rumahnya di baling batu, tetapi baginda hanya bersabar dan tersenyum . begitulah yang dilaku kan oleh Nik Aziz. bukan mahu melarikan dari mana-mana parti politik atau melarikan diri dari isu Bersih 3.0 . tetapi beliau menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh terbaik .. itulah yang sepatut nya kita lakukan dan bukannya menghukum beliau sebagai KAFIR ..

 kekecewaan aku bertambah lagi apabila tiada seorang pun memohon maaf pada beliau. kenapa tidak diketepikan ego dan politik ? perlukah semua itu untuk memohon maaf ?

aku begitu rasa kecewa kerana Nik Aziz bukan sahaja seorang Menteri Besar,Ulama tetapi IDOLA ku ... bukan kerana politik tetapi kerana IMAN nya,AGAMA nya,KESABARAN nya dan KEPIMPINAN nya ...

maaf andai statement aku melampau .. aku juga punya kelemahan seperti semua .. tetapi beliau tetap saudara seislam mu ...


|



Assalammualaikum , hello ;) terima kasih singgah :D Enjoy reading my blog !
| Facebook |

Entries About Family