My Diary
HELLO GUYS !.welcome and Be nice here. please click this . +Follow | Dashboard
MY DIARY ONLINE



sekarang ni 1 dunia tengah cerita pasal filem pendek yg bertajuk Innocence of Muslim , di tambah dengan beberapa karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w. Pelbagai reaksi tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa . Negara-negara Islam yang lain sudah menunjukkan rasa kurang senang mereka malah , Google telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan negara-negara Islam mengakses filem itu di Youtube , tapi masih lagi boleh diakses di negara-negara bukan Islam yang lain . 

aku bukan seorang yang alim dan terlalu fasih tentang agama , tapi bagi PENDAPAT aku , aku ulangi , bagi PENDAPAT aku , penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w daripada orang-orang bukan Islam berlaku bukan baru sekarang tapi , semenjak Rasulullah s.a.w menyebarkan agama Islam . Tapi , Rasulullah s.a.w. tidak pernah marah malah semakin bersemangat untuk menyebarkan agama islam . 
Jadi , kenapa mesti kita berhimpun beramai-ramai untuk menentang dengan cara keganasan seperti membakar bendera dan sebagai nya . Mereka sangat bijak bermain dengan emosi orang-orang Islam seperti kita , mereka akan lebih gembira melihat kita marah,mengamuk . Jika hari ini mereka bijak , kita juga perlu lebih bijak dari mereka . Maksud bijak di sini , bukan bermaksud mengemaskini status di Facebook ataupun Twitter dengan harapan mereka yang berkenaan akan membaca nya . Kemarahan itu datang nya dari Syaitan . Sebagai seorang yang dilahirkan beragama Islam, mantapkan Iman supaya orang-orang Yahudi tidak bolah menembusi benteng iman . Hari ini mereka berjaya menguasai pemikiran kerana kelemahan benteng Iman . Islam itu agama keamanan malah agama yang mudah , jika sikap begini yang kita tunjuk , bagaimana mereka ingin tertarik dengan Islam ? Sentisalah berdoa kerana Allah sentiasa mendengar doa hambaNya . 


p/s : maaf , aku hanya menyatakan pendapat dan bukan bererti aku mnyebelahkan mereka , tapi , aku tetap menyokong apa jua yang mereka lakukan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w. TAKBIR !!!


|



Assalammualaikum , hello ;) terima kasih singgah :D Enjoy reading my blog !
| Facebook |

Entries About Family